Pakej ini digarap untuk memberi peluang kepada kumpulan atau persatuan atau kelab sosial (sama ada dari Malaysia, Singapura, Brunei) menjalankan aktiviti mereka. Peserta akan merasai suasana perkam- pungan dengan tinggal bersama keluarga angkat di homestay di Tanjung Karang,Selangor. Penuhi aktiviti di kampung ini dengan menangkap ikan, menuai padi, mempelajari pembuatan kuih tradisional dan melihat kunang-kunang (kelip-kelip). Destinasi seterusnya adalah ke Pulau Pangkor, sebuah pulau percutian yang popular di pantai barat Semenanjung Malaysia. Pakej istimewa ini juga akan membawa anda melawat rumah anak yatim atau institut tahfiz sambil menderma. Tidak dilupakan aturcara membeli belah di lokasi-lokasi yang popular.
PROGRAM LAWATAN
- Bertolak menuju ke Homestay di Tanjung Karang
- Melawat Sawah Padi, Kilang kerepek, Kebun sayur dan melihat Kelip – kelip
- Jungle Trekking / Boat trip
- Sarapan pagi di rumah keluarga angkat
- Bertolak ke Pulau Pangkor
- Aktiviti pantai – permainan & sukaneka
- Sarapan pagi di Resort
- Aktiviti air – Kayak, Banana boat, Jet ski, Island hoping
- Snorkling
- Program Motivasi (pilihan)
- Sarapan pagi di hotel
- Melawat Rumah Kasih Harmoni ( pilihan )
- Membeli – belah hasil laut
- Bertolak pulang

BUTIRAN HARGA
| DESTINASI | HOTEL | 10 ORG KE ATAS | 20 ORG KE ATAS | 30 ORG KE ATAS |
|---|---|---|---|---|
| TG KARANG | HOMESTAY SUNGAI SIREH |
MYR 870 | MYR 790 | MYR 720 |
| PULAU PANGKOR | PUTERI BAYU RESORT |
PAKEJ TERMASUK
- 3 Malam penginapan di Homestay & Pulau Pangkor
- Pengangkutan bas sepanjang program
- 3 Sarapan pagi / 3 Makan tengah hari / 3 Makan malam
- Lawatan & program seperti di dalam aturcara
- Insurans perjalanan
PAKEJ TIDAK TERMASUK
- Aturcara yang tidak tersenarai di dalam program
- Penggunaan sendiri seperti dobi / bil telefon & lain – lain
TERMA DAN SYARAT
- Harga adalah di dalam Ringgit Malaysia ( RM )
- Harga akan berubah dari masa ke masa bergantung pada situasi
- Tempat penginapan, restoran dan aktiviti lawatan adalah bergantung pada kekosongan ketika tempahan dibuat.
- Bayaran adalah dalam bentuk tunai sahaja.
- Segala terma & syarat dari pihak Rakyat Travel Sdn Bhd perlu dipatuhi.











