Pakej ini digarap untuk memberi peluang kepada kumpulan atau persatuan atau kelab sosial (sama ada dari Malaysia, Singapura, Brunei) menjalankan aktiviti mereka. Pakej ini membawa peserta merasai suasana persekitaran yang sejuk dan menyamankan, di samping menerokai kejadian gua batu kapur ciptaan Allah SWT. Peserta berpeluang beriadah di taman tema Lost World of Tambun, menjelajahi gua batu kapur yang dikenali sebagai Gua Tempurung di Ipoh dan bermandi manda di Lata Iskandar sebelum meneruskan lawatan ke Cameron Highland. Pakej istimewa ini juga akan membawa peserta melawat rumah anak yatim atau institut tahfiz sambil menderma. Tidak dilupakan aturcara membeli belah di lokasi-lokasi yang popular.
PROGRAM LAWATAN
- Tiba di hotel, daftar masuk.
- Beriadah di Lost Wold of Tambun
- Sarapan pagi di hotel
- Ceramah & Motivasi ( Pilihan ) atau bersiar-siar di bandaraya Ipoh.
- Explorasi Gua Tempurung
- Lawatan ke tempat menarik – Kinta City
- Sarapan pagi di hotel
- Bertolak ke Cameron Highland
- Lawatan ke Ladang Teh, Strawberry, Kebun bunga dan membeli belah di Cameron Highland.
- Perjalanan pulang singgah mandi manda di Lata Iskandar
- Sarapan pagi di hotel
- Melawat Rumah Kasih Harmoni ( Pilihan )
- Membeli – belah
- Bertolak pulang ke tempat asal

BUTIRAN HARGA
| DESTINASI | HOTEL | 10 ORG KE ATAS | 20 ORG KE ATAS | 30 ORG KE ATAS |
|---|---|---|---|---|
| IPOH | HILLCITY HOTEL |
MYR 790 | MYR 750 | MYR 690 |
| CAMERON HIGHLAND | HILLCITY HOTEL |
PAKEJ TERMASUK
- 3 Malam penginapan di Ipoh & Cameron Highland
- Tiket masuk ke Lost World of Tambun & Gua Tempurung
- Pengangkutan bas sepanjang program (4 hari).
- 3 Sarapan pagi / 3 Makan tengah hari / 3 Makan malam
- Lawatan & program seperti di dalam aturcara
- Insurans perjalanan
PAKEJ TIDAK TERMASUK
- Aturcara yang tidak tersenarai di dalam program
- Penggunaan sendiri seperti dobi / bil telefon & lain – lain
TERMA DAN SYARAT
- Harga adalah di dalam Ringgit Malaysia ( RM )
- Harga akan berubah dari masa ke masa bergantung pada situasi
- Tempat penginapan, restoran dan aktiviti lawatan adalah bergantung pada kekosongan ketika tempahan dibuat.
- Bayaran adalah dalam bentuk tunai sahaja.
- Segala terma & syarat dari pihak Rakyat Travel Sdn Bhd perlu dipatuhi.












